Tuesday, July 21, 2009

SJKC TONG WAH


SJKC TONG WAH
BAGAN SERAI

东华国民型华文小学

Read more...

SEJARAH DAN PERBANGUNAN SEKOLAH

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Wah ditubuhkan pada tahun 1910 dengan nama awalnya “ Dewan Pelajaran Tong Wah” dan terletak di bangunan “Kuil Tua Pek Kong”, Jalan Besar, Bagan Serai. Pada ketika itu, hanya 8 orang murid dan seorang guru sahaja. Bilangan pelajar bertambah ramai dari masa ke semasa. Oleh kerana bangunan kuil tidak dapat menampung pelajar yang semakin ramai, maka sekolah ini berpindah ke “ Siong Siong Club” di Jalan Jetty. Selepas empat tahun, sekolah ini berpindah ke “Hwa Fang Café” di Jalan Besar Bagan Serai. Pada tahun 1914, seorang penderma bernama En Ong Hock Thye telah menderma dua buah kedai sebagai bangunan sekolah.

Pada tahun 1921, sekolah ini bercantum dengan sebuah sekolah persendirian yang terletak di Lorong Jetty, Bagan Serai.

En Ong Hock Thye telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah kerana telah banyak berjasa kepada sekolah ini selama 20 tahun hingga beliau berpindah ke Pulau Pinang. Pada tahun 1934, En Beh Soo Yang telah mengambil alih jawatan Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah sehingga beliau meninggal dunia pada 1953.

Pada tahun 1941, iaitu zaman pemerintahan Jepun, sekolah terpaksa diberhentikan. Sekolah berfungsi semula pada tahun 1945 dibawah pimpinan En Beh Soo Yang dan sokongan penduduk Bagan Serai. Oleh kerana bilangan murid semakin ramai, Lembaga Pengurus telah membuat keputusan membeli sebidang kebun kelapa dan sebuah gudang beras sebagai sekolah sementara.

Memandangkan masalah kekurangan bilik darjah dan kemudahan menjejaskan kemajuan pelajaran, pihak Lembaga Pengurus Sekolah En Oh Kow berusaha memohon kepada Pegawai Jajahan Kerian supaya tapak sekolah di lot 284, Jalan Besar yang telah diluluskan sebelum perang dunia dikembalikan semula. Apabila tapak tersebut diluluskan semula, Lembaga Pengurus sekolah ini menjalankan pembinaan bangunan sekolah baru.

Pada tahun 1980, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Sekolah En Khor Teng Tong AMN serta AJK telah memutuskan satu projek baru iaitu mendirikan 4 buah bilik darjah moden dan 2 bilik setor dalam bentuk 2 tingkat.

En Cheng Guan Chai dilantik sebagai Guru Besar pada 1986, beliau telah berjaya membantu PIBG mengutip tabung kebajikan PIBG berjumlah RM 60,000 melalui pertunjukan Malam Kebudayaan.

Pada tahun 1994, En Tioh Mook Seong dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun 1996, beliau telah melancarkan Aktiviti Walkathon untuk kutipan derma dan telah berjaya mengutip sebanyak RM 58,098.59.

Pada tahun 1997, Pn Lee Siew Eng dilantik sebagai Guru Besar, Persatuan Murid Tua Tong Wah telah melancarkan “Hari Kembali Ke Sekolah” pada 2001dan berjaya mengutip derma untuk mendirikan semula kantin sekolah.

Pada tahun 2004, En Eng Qing Heng, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid Tua Tong Wah mendirikan Jawatankuasa Pembangunan Sekolah. Pada tahun 2005, Projek Pembangunan bangunan sekolah baru dua tingkat setengah dimulakan dan siap pada tahun 2006. Pada 25.01.2007, sekolah akan mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan Baru yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Chan Kong Choy, Menteri Pangakutan Malaysia.

Belehkah Murid Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 SJKC TONG WAH, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

PENAFIAN:SJKCTONGWAH tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP